HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dan aku tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog Anarm.
Pernahkah anda mendengar pepatah atau ungkapan perkataan ini? "Gagal merancang, merancang kegagalan". Aku quote kata-kata ini dari lagu nyanyian M.Nasir ft Malique, iaitu Mantera Beradu. Aku memang sangat suka akan lagu itu kerana manteranya betul-betul membuatkan aku berfikir dan termenung sebentar. Jom sama-sama kita renungkan dan hayati lirik lagu ini, sambil menyanyi di dalam hati.
Mantera Beradu
Masih belum sempurna..Gerakkan Hati... Hati gerakkan...
Pandanglah aku.. aku lah dia..kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual...
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelangpecah tembelang... peta dah hilang...
bangau dah pulang... suara sumbang..lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belumikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parangkuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamatramai saudaraku yang baik telah dipijak
awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimuyo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagipeduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zinalu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalanawan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimukucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisaunaik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisautolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedangsebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerjapanjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut mautawan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimupuisi hati mu... hati mu puisi
palu hati ku palu hatikukulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan laguakhirnya sempurna....
Sungguh! Mantera Beradu betul-betul memberi kesan kepada aku dek kerana liriknya dan alunan muziknya yang begitu asyik dan mempunyai maksud tersirat yang sangat dalam dan bererti.
Ingin sekali untuk aku mengetahui, adakah selama aku memperjuangkan hidup aku selama lebih 24 tahun di dunia ini, aku sentiasa menikmati kejayaan, atau aku dikelilingi segala macam jenis kegagalan. Tapi, tanpa kegagalan, kejayaan takkan ada, bukan? Ini kerana kejayaan itu hanya akan ada setelah berlakunya insiden KEGAGALAN! Tanpa kegagalan, aku tidak akan berada di sini. Yakni di tahap aku berada sekarang ini.
Pernahkah anda ketawa apabila anda mengalami GAGAL? Biar kita hidup untuk berani menghadapi kegagalan. Dan insyaALLAH kejayaan yang menyusul selepas itu adalah sangat manis. Kejayaan seseorang itu hanya akan menjadi lazat setelah dia menghadapi kegagalan. Semakin besar kegagalan yang dihadapi, maka semakin lazat dan nikmat kejayaan yang akan dinikmati setelah itu, itupun jika dia hidup berani untuk gagal. Ini bermakna dia tidak pernah berputus asa, dan apabila dia tersungkur, dia cepat-cepat bangkit dan meneruskan perjuangannya. Adakah kita seperti itu? Dan adakah aku seperti itu?
Kenapa ALLAH cipta kegagalan untuk kita? Ini kerana DIA hendak mengajar kita apa itu rasa kecewa, apa itu perasaan sedih, apa itu perasaan malu, apa itu perasaan geram dan apa itu perasaan marah. Sesungguhnya seseorang yang diuji dengan kegagalan itu adalah seseorang yang bertuah kerana ALLAH sedang memberi perhatian kepadanya. Sentiasa bersangka baik dengan ALLAH, kerana ALLAH telah menjanjikan, segala perbuatan baik akan dibalas dengan pahala, dan segala perbuatan jahat akan dibalas dengan dosa. Janji ALLAH itu pasti!
2009. Terlalu banyak kenangan manis dan pahit yang aku lalui dalam tahun ini. Berikut merupakan kronologi kegagalan sepanjang tempoh perjalanan hidup aku sepanjang tahun 2009 ini yang penuh bermakna! Iya. Sangat bermakna. Di setiap kegagalan itu, aku mendapat hikmah yang sangat besar. ALLAH. Syukur alhamdulillah!
- Januari 2009 - aku gagal melayakkan diri menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih di SMK Sematan. Aku terkilan dan sangat kecewa. Alasan pihak pentadbiran sekolah, borang yang aku isi hilang dan tidak dapat dikesan.
- Februari 2009 - aku gagal mendapatkan kerja yang lebih baik untuk masa depan aku. Aku hanya sekadar menjadi pembantu ibu dan ayahku menjaga kedai kain dan kedai makan.
- Mac 2009 - aku mengisi borang GSTT buat kali kedua setelah aku mengumpul kembali semangat aku yang kian hilang. Ya ALLAH! Aku memang bersungguh hendak menjadi seorang guru! Permudahkanlah segala urusanku ya ALLAH! Aku juga mengisi borang KPLI dan DPLI dengan harapan yang sangat tinggi.
- April 2009 - Alhamdulillah! Aku berjaya dan tidak gagal kali ini untuk tersenarai sebagai calon guru sandaran tidak terlatih di sekolah berkenaan. Aku dipanggil untuk menghadiri temuduga.
- May 2009 - Alhamdulillah, temuduga aku berjaya. Aku dengan rasminya menjadi guru sandaran tidak terlatih di sekolah yang pernah mengajar aku erti hidup. Sekolah yang menjadikan aku pelajar cemerlang PMR 2009. Sekolah yang banyak mengajar aku erti gagal, kecewa, gembira, dan ceria. Aku dilantik untuk mengajar Tingkatan 4 dan 5. Aku juga diberi tanggungjawab untuk menjadi Guru Tingkatan 5E. Pada akhir bulan May 2009, aku berjaya dipanggil bagi menduduki ujian MTest untuk melayakkan aku mengikuti KPLI di SMK Tun Abang Haji Openg, Kuching. Aku juga berjaya dipanggil bagi menduduki ujian MEDSI untuk melayakkan diri mengikuti DPLI, bertempat di SMK Bau, Kuching.
- Jun 2009 - Alhamdulillah! Aku dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga bagi melayakkan diri aku mengikuti DPLI ambilan Julai 2009, bertempat di UiTM Sarawak, Kuching. Pengalaman aku sebagai guru sandaran selama hampir setahun, aku jadikan sebagai senjata untuk aku bagi menempuhi temuduga ini. Di mata aku, terbayang wajah anak-anak murid aku. Doakan cikgu ye?
- Julai 2009 - Syukur tidak terhingga buatMU ya ALLAH! Alhamdulillah. Aku mendapat tawaran untuk mengikuti DPLI di UPSI,Perak. Segala kegagalan-kegagalan kecil yang aku tempuhi rupa-rupanya adalah untuk persediaan bagi aku menikmati kejayaan besar ini. Sungguh aku rasa gembira! Alhamdulillah ya ALLAH! Cita-cita aku untuk menjadi seorang guru akhirnya tercapai. Terima kasih kerana memakbulkan doa hambaMU yang hina ini Ya ALLAH! Terima kasih di atas rezeki tidak terduga yang Engkau beri di atas permintaan tidak henti yang Engkau dengar dari hambaMU yang hina ini. Aku malu kerana terlalu banyak meminta kepadaMU ya ALLAH, tetapi kurasakan seolah-olah setiap apa yang aku hajati, Engkau makbulkan. Sesungguhnya dugaan yang Engkau beri, kadang-kadang aku rasa tidak tertanggung, tapi kesanggupan dan kekuatan aku mengatasi segala ujian demi HIDUP BERANI UNTUK GAGAL! Percayalah! Kegagalan tidak sesekali dapat menghilangkan semangat aku menikmati kejayaan, setimpal dengan kegagalan yang aku tanggung!
- Ogos 2009 - Aku mengikuti DPLI di UPSI dengan seribu satu dugaan lain yang ALLAH berikan bagi menguatkan jati diri aku sebagai bakal pendidik yang cemerlang. Tabahkan hatiku Ya ALLAH. Kuatkan semangatku sebagaimana Engkau menguatkan semangat kepada ibuku untuk melahirkan aku dan membesarkan aku.
- September 2009 - Aku berjaya membawa Encik Kill Vearn menyeberangi Laut China Selatan dengan bantuan ikhlas dari Air Asia Sdn Bhd. Niat aku hanya satu. Aku hendak memperkenalkan dia kepada keluarga besarku di Kuching, Sarawak. Ini kerana niat aku ikhlas hendak menjadikan dia salah seorang ahli keluargaku, dan berharap mereka dapat menerima si dia seadanya dia. Amin. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.
- Oktober 2009 - Aku hampir tersungkur dalam mengharungi dugaan ALLAH kali ini. Aku terpaksa membuat keputusan yang besar dan berat. ALLAH betul-betul hendak menguji daya tahan kesabaran aku di saat ini. Aku yakin, di sebalik ujian berat ini, tersembunyi hikmah yang sangat besar. Tapi sungguh aku tidak tahu apakah hikmahnya. Aku betul-betul merasa keseorangan, lemah tidak berdaya! Aku kerapkali menangis! Menangis dan meraung di dalam hati. Keseorangan. Kawan-kawan rapat hanya mampu bersimpati. Ya ALLAH! Aku harap keputusan aku ini wajar dan tepat. Sesungguhnya segala gerak hati aku, aku yakin ianya datang dariMU ya ALLAH. Aku nekad untuk berpindah ke rumah sewa baru.
- November 2009 - Hidup aku bersinar kembali. Aku menjadi penghibur di kalangan kawan-kawan. Aku menceriakan hidup mereka sebagaimana mereka datang membawa pelangi dalam hidup aku. Aku bernafas kembali di rumah sewa baruku. Inilah rupanya hikmah yang tersembunyi ya ALLAH. Engkau mengajarku erti sabar! Engkau mengajarku erti berdikari! Engkau mengajarku erti kuat! Aku menjadi kuat kerana dugaanMU Oktober lepas ya ALLAH! Kekalkanlah aku di dalam kegembiraan ini. Amin.
- Disember 2009 - Subhanallah. Walhamdulillah. Walaa ilaa ha illallah. Wallahu akbar! Aku yakin, inilah hikmah terbesar yang Engkau beri kepadaku ya ALLAH. Engkau memberi aku ujian dan kegagalan yang sangat hebat tahun ini. Tetapi Engkau menghadiahkan hikmah dan nikmat yang besar dalam hidupku tahun ini! Sesungguhnya kegagalan yang aku hadapi, amat berbaloi untuk hikmah yang aku nikmati. Malah hikmah itu sesungguhnya lebih indah daripada apa yang aku sangkakan. Tidak terfikir dan terjangka oleh ku tahun ini, aku akan mengikat tali pertunangan dengan Kill-Vearn di atas nasihat dan cadangan keluarga kedua-dua pihak. Sesungguhnya, HIDUP BERANI UNTUK GAGAL sudah acapkali aku hadapi tahun ini. InsyaALLAH aku akan mempersiapkan diri aku untuk ujian yang ALLAH akan beri bagi mengukuhkan keimanan dan kekuatan aku bagi tahun-tahun yang akan datang. Takbir! ALLAHU AKBAR!
HIDUP BERANI UNTUK GAGAL! Aku percaya, keberanian itu adalah elemen penting untuk menghadapi kegagalan. Jika kita tidak berani, kita tidak akan menghadapi kegagalan, dan kita akan kempunan untuk menikmati kejayaan. Ini kerana sesungguhnya, kejayaan itu adalah hak milik orang yang pernah mengecapi kegagalan. Orang yang tidak pernah menghadapi kegagalan, tidak akan dapat mengecapi nikmatnya kejayaan.
Kali pertama aku mendengar dan membaca pernyataan ini dan contest ini adalah daripada saudara Anarm. Pada pendapat aku, tidaklah menjadi suatu aktiviti yang membuang masa sekiranya anda ingin menyertai contest ini. Untuk penerangan yang lebih lanjut, sila rujuk Denaihati selaku penganjur contest ini. Hadiah atau ganjaran yang disediakan adalah sangat lumayan. Belum cuba belum tahu. Sesungguhnya ALLAH suka hambaNYA yang tekun berusaha. Aku sekadar berusaha, yang menentukan samada aku berjaya hanyalah ALLAH SWT, pihak penganjur contest ini dan Encik Google. Contest ini berjaya dianjurkan atas sokongan sponsor yang sentiasa bermurah hati iaitu DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.



December 8th, 2009 - 03:35
wuhuuu.. sungguh menusuk kalbu entri ni.. aku tahu bukan mudah utk melalui setiap kegagalan itu tp tahniah sbb lady nass tak pernah berputus asa dan akhirnya berjaya setelah berhadapan dgn ‘kegagalan’.. apa2 pun, aku doakan semoga kebahagiaan yg sdng lady nass lalui skrng akan berpanjangan dan smoga ‘ikatan yg mahu disimpul’ berjalan dgn lancar & sempurna. insyaAllah..
[Reply]
Lady Nass Reply:
December 8th, 2009 at 3:38 AM
uish. memang khusyuk ko membaca eh wan. thanks my dear friend.
[Reply]
December 8th, 2009 - 03:43
adakah aku seorang yg gagal?
[Reply]
Lady Nass Reply:
December 8th, 2009 at 3:51 AM
bukan ko sorang, aku juga pernah gagal. tapi di atas tu hanya untuk tahun 2009. Kalau aku senaraikan kegagalan aku dari saat aku lahir sampai sekarang. Mungkin aku dah tak sedar diri sekarang sebab pengsan on the spot.
Lady Nass´s last blog ..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
[Reply]
December 8th, 2009 - 08:24
wah~ dah makin ramai yg join contest nih~
saya rasa contest nih dah macam virus dah…
sorang-sorang terkena~ hehe~
anyway~ good luck my dear~
Akuro San´s last blog ..Kegagalan Kunci Kejayaan
[Reply]
Lady Nass Reply:
December 8th, 2009 at 9:26 AM
tak salah mencuba kan? hohoho!
Lady Nass´s last blog ..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
[Reply]
December 8th, 2009 - 13:55
oooo, bnyk tu kegagalan y dlalui oleh ladynass kte ni, apa2pn dia tidak tunduk pd kegagalan tp bangkit n terus bangkit, Conglate my friends…keep up dgood works!!!
[Reply]
Lady Nass Reply:
December 8th, 2009 at 2:18 PM
welcome my dear eton. kegagalan itu yang menjadikan aku sangat kuat dan semakin kebal sebenarnya.
[Reply]
December 8th, 2009 - 13:55
wah. panjangnya tulis.
good luck!
ariff´s last blog ..Blogger Melayu Merosakkan Industri Muzik Tanah Air
[Reply]
Lady Nass Reply:
December 8th, 2009 at 2:19 PM
not good luck, but i’v tried my best. so all the best for me and you also.hoho.
[Reply]
December 8th, 2009 - 18:05
yohooo.. tahniah kerana berani.. :P
panjangnya cite nass… alhamdulillah.. abis gak bace.. bukan senang kan nak menghadapi semua tu.. fizz pun bnyk kali gagal lam idup.. pasrah je lah.. yg penting kita dah usaha kan? hihi..
[Reply]
Lady Nass Reply:
December 8th, 2009 at 6:18 PM
Panjang sangat ke fizz? Hoho. Itulah aku bila dah leka menaip. Bukan sedar terlebih patah perkataan. Anyway, thank u for reading.
[Reply]
December 8th, 2009 - 20:05
banyak juga cabaran yg nass tempuhi..
boleh dikatakan setiap orang pasti akan temui kegagalan setiap tahun, tak kira kegagalan yang kecil atau besar
semoga berjaya, sama-samala kita hidup berani untuk gagal…
salam singgah dari dilot =)
[Reply]
Lady Nass Reply:
December 8th, 2009 at 11:36 PM
terima kasih dilot. kalau kita tak berani gagal, maknanya kita tak layak untuk hidup pon. ^__^
[Reply]
December 9th, 2009 - 10:38
berusaha sampi kt rsa puas hati..adakah itu suda berbaloi atau sememangnya kt suda berusaha keras???klu kt xbrusaha mmg mustahil untuk kt cpai cita2 n impian tu..so brusaha, brusaha, brusaha..adakah usaha aku da ckup slama ni??
[Reply]
Lady Nass Reply:
December 9th, 2009 at 11:16 AM
Kita kena terus berusaha…itu yang penting..jangan cepat putus asa!
[Reply]
December 10th, 2009 - 11:02
Salam…
Entry yang sungguh padat dan ringkas,semoga berjaya di dalam contest ni yer
wazy´s last blog ..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
[Reply]
Lady Nass Reply:
December 10th, 2009 at 12:13 PM
amiin. good luck to u too, bro!
[Reply]
December 15th, 2009 - 17:23
best2..entry yang panjang dan banyak menyedarkan aku..
aku manusia yang gagal…tapi kuatkan diri untuk terus maju..erm..
hope ko menang..hehe
eiyda´s last blog ..~eiyda :: syoknyerss..fenatnyerss..
[Reply]
Lady Nass Reply:
December 15th, 2009 at 5:34 PM
haha.aku tak harap menang pon eiyda.tersenarai pon tidak dalam list yang bertanding. anyway,thank u for ur wish. aku byk menempuh kegagalan demi mencapai kejayaan yang sedikit. ALLAH. Kuatkan semangatku.
[Reply]
December 30th, 2009 - 11:39
MAAP lah tak senaraikan blog ni. Mungkin POK CIK tersalah pandang kot. Tapi sekarang dah masuk dah..jangan sedih ya!!! Mesti BERANI GAGAL…
denaihati´s last blog ..Pengalaman main dengan jiran
[Reply]
Lady Nass Reply:
December 30th, 2009 at 2:21 PM
ala ilham. it is ok la. hoho. thank u tau!
[Reply]
February 4th, 2010 - 17:48
bukan hidup namanya klo tak pernah gagal.
masing2 ada kisah tersendiri.
suka entri ni,vote.
jgn lupa singgah entri Wan
undi 28 klo suka.hehe
Wan Perlis´s last blog ..Segelintir Bebudak Myspace Yang tut
[Reply]